Bilangan Pengunjung Mulai 11.06.09

Sunday, September 6, 2009

Friday, September 4, 2009

Bonus Raya Buat Peneroka Felda

4 September 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bonus raya kepada semua peneroka Felda iaitu sebanyak RM 350.00 kepada peneroka yang setia bersama Felda dan RM150.00 kepada peneroka yang mengusahakan ladang – ladang mereka secara persendirian. Langkah bijak kerajaan ini sudah tentu disambut baik oleh seluruh warga peneroka Felda dan amat wajar memandangkan sumbangan yang diberikan oleh mereka terhadap pembangunan ekonomi negara semenjak organisasi Felda ditubuhkan. Pemberian bonus raya ini juga seharusnya menjadi agenda wajib kerajaan sebagai tanda keprihatinannya terhadap warga emas. Populasi warga emas dalam kalangan masyarakat Felda melebihi 80%. Menyingkap sejarah, kehidupan peneroka Felda ibarat air laut yang ada pasang surutnya. Namun, kerap kali pendapatan mereka tidak mengizinkannya hidup semewah rakan – rakan lain yang makan gaji. Dalam kesempatan para peneroka menghabiskan sisa – sisa kehidupan ini, mudah – mudahan dengan pemberian bonus raya ini, satu babak manis dalam hidup mereka tercipta... apatah lagi saat – saat mereka membuat persediaan menyambut Aidil Fitri.....

Wednesday, September 2, 2009

Bingkisan Pemikiran Kuno 1962 Dari Tanah Seberang

Makna Jalur Gemilang

JIPLAKAN BENDERA USA (bintang di ganti bulan)
Bendera Malaysia (rasio 1:2)

Jalur Gemilang bercorak 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar, dimana jumlah 13 melambangkan Melambangkan ANGKA SIAL DAN "SIALAN" dan 13 negara Bagian yang umunya kecil2 ini Dikuasai Oleh orang Melayu warga etnik lain selalu dimusuhi dan dihabisiBagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat MElayu. Bagian biru tua memuat gambar bulan sabit tanda Agama Yahudi - agama resmi Malaysia. Bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri yang sebentar lagi 11 karena SABAH dan SERAWAK ingin merdeka seperti BRUNAI dan SINGAPORE dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang adalahTahi SAYA waktu Berak Ke WC Yang Maha Mulia Raja-raja.






Imej yang dipaparkan untuk renungan kita bersama ini diambil daripada blog tanah seberang yang aktif mengutuk Malaysia khususnya Melayu. Ternyata individu yang menulis blog tersebut masih mengamalkan corak pemikiran 1962 iaitu ketika zaman konfrontasi Malaysia - Indonesia. Bagi kita rakyat Malaysia yang sudah maju daripada segi pemikiran dan emosi, paparan ini tidak seharusnya disambut dengan perasaan marah, dendam dan seterusnya melancarkan perang blog untuk menghentam pula si penulis blog tersebut. Jadikan paparan ini sebagai medium yang dapat meningkatkan rasa cinta dan patriotik kita kepada Malaysia. Antara blog dari seberang yang aktif mengutuk Malaysia ialah Malaycelaka.blogspot, rasasayange-Malaysia.blogspot dan nkrijaya.co.cc
Sesungguhnya, apa yang berlaku ini adalah perkara biasa yang sering terjadi kepada kebanyakan negara. Namun yang lebih menghairankan apabila rakyat Malaysia sendiri bertindak untuk mengutuk kedaulatan tanah air seperti mengubah lirik Negaraku dan memasang Jalur Gemilang secara terbalik. Hakikatnya mereka adalah lebih teruk daripada si penulis blog dari seberang ini.

Tuesday, September 1, 2009

Sunday, August 30, 2009

Saturday, August 29, 2009

Ramadan Atas Bumi Merdeka Ini...

Sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009 yang berlangsung ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa, pihak Muzium Sejarah Kota Tinggi turut mengadakan Pameran Jasamu Tetap Dikenang bagi merakamkan segala pengorbanan dan perjuangan Dato' Onn Jaafar. Pameran yang berlangsung mulai 24 Ogos hingga 23 Oktober ini telah memaparkan jasa beliau dalam menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda malapetaka politik ancaman komunis dan Malayan Union. Pemikiran Dato' Onn Jaafar tentang perpaduan dan integrasi politik amat jelas melalui ucapannya di Kongres Melayu yang pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946 :
" Adapun maksud dan tujuan kita ialah keyakinan diri kita bahawa nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenankan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah dapat dipelihara dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu... Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu"



Hari ini...
Tatkala bangsa Melayu menyambut puasa,
Petangnya... Bazar Ramadan bagai berpesta,
Maghribnya... azan berkumandang di sana sini tanda sampai waktu berbuka,
Malamnya... bertarawih, tadarus, qiamulalil sepanjang masa,
Malam Tujuh Likur... pesta cahaya daripada pelita,
Hari ini...
Pabila bangsa Melayu menyambut puasa,
Tiada sedikit pun kerisauan di hati terasa,
Kita bebas beribadah apa sahaja,
Tanpa ragu dan rasa berbahaya,
Kerana negara di tempat kita berpuasa ini,
Selamat bagi Melayu hari ini,
Selamat kerana Melayu dulu,
Bersatu padu.
Hari esok...
Tatkala bangsa Melayu menyambut puasa,
Segala apa yang dinikmati ketika puasa hari ini,
Hanyalah paparan di Muzium Sejarah Kota Tinggi,
Seandainya negara ditempat kita berpuasa ini,
Tidak selamat bagi Melayu hari esok,
Tidak selamat sekiranya Melayu hari ini,
Tidak bersatu padu.

Monday, August 24, 2009

SDAR Sepi Sambut Ramadan

Suasana SDAR tika Ramadhan menjelang sepi kerana secara kebetulan minggu pertama berpuasa juga merupakan cuti pertenggahan penggal kedua persekolahan. Suasana berpuasa akan kembali terasa apabila semua pelajar dan guru kembali bersekolah pada 1 September akan datang. Di harapkan suasana Ramadhan di SDAR akan ceria seperti tahun - tahun yang sudah. Kepada semua pelajar, bekas pelajar dan guru - guru yang sedang menjalankan ibadah puasa bersama keluarga tercinta.... Selamat menyambut bulan penuh keberkatan.

Thursday, August 20, 2009

Tuesday, August 11, 2009

Wednesday, July 1, 2009

Kucing Jadi Hakim


Dua ekor kera telah terjumpa seekor ikan. Ke dua - duanya bertengkar kerana mengaku ikan itu hak mereka. Akhirnya, mereka bersetuju melantik kucing sebagai hakim. Kucing yang arif tentang ikan akan menentukan siapa yang berhak memiliki ikan itu.


Mereka berjumpa kucing dan menceritakan masalah mereka.


"Tadi saya nampak seekor ikan tetapi sahabat saya telah mengambilnya. Siapakah yang berhak ke atas ikan itu, kucing ?" Tanya kera yang kecil.


"Tunggu sebentar. Saya akan menyelesaikannya." kata kucing.


Tidak beberapa lama kemudian, kucing membawa dacing. Kucing mengerat ikan itu kepada dua bahagian. Ditimbangnya kedua - dua bahagian ikan itu. Kucing mendapati bahagian kepala lebih berat. Dimakannya sedikit bahagian kepala itu. Kemudian, kucing menimbang ke dua - dua bahagian ikan itu semula. Kali ini, didapati bahagian ekor yang lebih berat. Lalu dimakan bahagian ekor itu sedikit. Ditimbangnya sekali lagi. Kali ini, bahagian kepala yang lebih berat. Dimakannya sedikit bahagian itu. Begitulah seterusnya dilakukan oleh kucing. Akhirnya, habislah ikan itu dimakannya.


"Apa yang telah kamu lakukan, kucing?" Tanya kera yang besar.


"Dalam hidup, jika kita selalu tamak dan haloba, kita akan rugi." kata kucing. Kucing pun meninggalkan kera yang terpinga - pinga itu.


"Dalam hidup, ada pihak lain yang untung daripada sikap tamak kita." Tambah kera yang kecil.

Tuesday, June 30, 2009

Thursday, June 25, 2009

Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh : 23 - 25 Jun 2009
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau

Sekolah Dato' Abdul Razak telah menyertai 4 kategori pertandingan iaitu Solarcar, Cooking With Nature, Pelancaran Roket, Pertandingan Inovasi Sains Dan Teknologi Kategori Teknologi Berkumpulan dan Pertandingan Inovasi Sains Dan Teknologi Kategori Teknologi Individu. Tahniah kepada semua peserta SDAR yang telah mengharumkan nama SDAR sepanjang berlangsungnya karnival ini. Terima kasih kepada guru - guru penasihat dan pengiring iaitu En. Irwan, Cik Zailyniza, En. Izrul dan Cik Sharida. Semoga Allah sahaja yang memberi ganjaran.





Monday, June 22, 2009

H1N1 : Selamatkah Kita?


1. Bilangan pesakit yang sedang mendapat rawatan di hospital - hospital kerajaan setakat ini ialah 56 orang dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

2. Bilangan individu yang diarah oleh Kementerian Kesihatan untuk menjalani Kuarantin Sendiri di rumah semakin bertambah dan adakah mereka patuh sepenuhnya dengan arahan tersebut ? Penularan tempatan semakin bertambah kepada 9 orang.

3. Bilangan sekolah yang ditutup semakin bertambah. Populasi jangkitan virus tidak mustahil boleh berkembang dalam kalangan murid sekolah, ibubapa, guru - guru, keluarga guru, nursery dan tempat - tempat yang tidak kita sangka.

4. Bilangan pelancong dan warga asing terus memasuki negara kita.

5. Pakar perubatan masih belum menemui vaksin virus berbahaya ini.


Persoalannya, selamatkah kita dan keluarga kita daripada virus maut ini?

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day




Budak SDAR Gegarkan RTM


Seramai 200 orang pelajar SDAR tingkatan 1 dan 4 berpeluang menghadiri siaran langsung rancangan terbitan RTM, Pilih Kasih pada Sabtu lepas. SDAR dijemput bagi memeriahkan suasana Auditorium Kompleks Penyiaran Tengku Muhammad, Seremban. Kehadiran pelajar SDAR telah menarik perhatian penonton - penonton lain kerana suasana auditorium yang sebelum itu lengang dan sunyi sepi menjadi meriah serta heruk pikuk. Tambahan pula budak - budak SDAR diminta oleh producer programme untuk bersorak sekuat - kuat hati sepanjang berlangsungnya program tersebut. Tidak dapat dinafikan mereka sangat gembira dan enjoy pada malam itu. Sekurang - kurangnya dapat kurangkan tekanan setelah mengulangkaji pelajaran seharian. Walaupun program ini dianggap sebagai program yang tidak sesuai bagi pembinaan modal insan pelajar SDAR oleh sesetengah pihak, namun pengajaran yang boleh diserap oleh mereka ialah bagaimana sesebuah rancangan televisyen diterbitkan sehingga dapat ditonton oleh semua pihak di kaca televisyen. Tak diduga terdapat 2 orang bekas pelajar SDAR yang bekerja di situ. Kenangan melihat pelajar SDAR seronok, enjoy dan sporting mengingatkan aku pada zaman remajaku.

Limpahan Durian



Kehadiran Jun setiap tahun sangat sinonim dengan lambakan gerai - gerai menjual durian laksana cendawan yang tumbuh selepas hujan. Di Seremban 2 sahaja lebih 5 buah gerai menjual raja buah ini dan sememangnya mempunyai ramai penggemar. Jemu dengan makan begitu sahaja, santan kelapa dan pulut dijadikan variasi resipi. Durian merupakan ciptaan Allah yang begitu banyak khasiatnya. Merujuk kepada Nutritiondata.com : This food is very low in Cholesterol and Sodium. It is also a good source of Dietary Fiber, Thiamin, Vitamin B6 and Manganese, and a very good source of Vitamin C. Selamat menjamu selera kepada semua penggemar durian.

Friday, June 12, 2009

Cinta Seekor Cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat daripada kayu.


Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku. Pemuda itu berasa kasihan dan terus memerhatikan cicak tersebut. Daripada pemerhatiannya dia teringat bahawa paku tersebut telah berada di situ semenjak 10 tahun yang lalu ketika rumah itu pertama kali dibina. Ini bermakna cicak tersebut turut melekat pada paku tersebut semenjak 10 tahun yang lalu.


Fikirannya terus berkata - kata. Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah mustahil dan tak masuk akal.


Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat tahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu. Pemuda itu menghentikan pekerjaannya dan memerhatikan bagaimana cicak itu memperolehi makanan dan apa yang dimakan sepanjang tempoh 10 tahun itu. Seketika selepas itu, seekor cicak lain telah muncul dan menuju ke cicak yang melekat tadi dengan membawa makanan dimulutnya.....AHHH!


Pemuda itu berasa terharu melihat peristiwa tersebut. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu menjaga cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun. Bayangkan, cicak itu tidak pernah jemu dan tidak pernah meninggalkan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.


Sesungguhnya ini adalah sebuah kisah cinta indah antara 2 ekor cicak. Kisah yang membuktikan bahawa apa yang dapat dilakukan oleh cinta. Tentu sahaja sebuah keajaiban.


Lantas sebagai manusia yang dikurniakan perasaan oleh Allah, tentunya kita terfikir apakah yang telah kita lakukan untuk insan yang kita cintai agar sentiasa dekat dengan dirinya. Apa yang perlu kita lakukan agar kita sentiasa memperolehi kasih sayangnya.


Satu- satu cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi berilah kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie). Bukankah itu yang selalui dilakukan oleh ibu, bapa dan guru kita. Fikir - fikirkan lah....

Tuesday, June 9, 2009

Teras Yang Terteras


Pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia baru – baru ini terhadap penghadan kepada 10 subjek dalam SPM bukan dianggap sebagai transformsi luar biasa kerana saban waktu apabila berlaku perubahan dalam kabinet yang melibatkan portfolio Menteri Pelajaran, maka transformasi dalam sistem pendidikan dan pelaksanaannya juga turut berlaku. Cadangan transformasi ini telah mengundang pelbagai pendapat daripada pelbagai pihak termasuk pandangan gusar yang telah diluahkan oleh MIC dan MCA kerana bimbang dengan penghadan kepada 10 subjek menyebabkan subjek – subjek elektif seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin tidak boleh diambil oleh calon SPM. Walau bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi respon selesa dan menyatakan bahawa subjek teras akan dikurangkan daripada 5 subjek kepada 4 subjek supaya para pelajar mempunyai pilihan yang lebih variasi terhadap subjek elektif seperti subjek agama dan bahasa ibunda.

Sebelum ini Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral dikategorikan sebagai subjek teras yang wajib dipelajari oleh para pelajar kerana subjek ini dianggap penting dan menjadi asas kepada pembinaan modal insan pada masa akan datang. Namun dengan pelaksanaan transformasi pendidikan yang sedang heboh diwar – warkan ini, salah satu daripada subjek tersebut turut juga mengalami transformasi daripada segi kategorinya. Persoalannya, apakah subjek yang akan dipindahkan daripada subjek wajib ambil kepada subjek tak wajib ambil. Atau dengan kata lain apakah subjek yang dianggap sudah kurang penting sehinggakan para pelajar boleh memilih untuk tidak mempelajarinya. Atau kemungkinan Kementerian Pelajaran Malaysia ada metod yang lebih baik dalam menangani transformasi ini dengan memelihara kepentingan kelima – lima subjek teras tersebut.


Jika diamati secara mendalam, setiap subjek teras mempunyai sebab untuk dikekalkan seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, jika transformasi pendidikan yang dicadangkan diteruskan, kepercayaan dan keyakinan yang tinggi diletakkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar hasrat seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia tidak tinggal hanya sebagai hasrat.

Jika Bahasa Melayu tidak teras lagi,
Tak mengapalah….
Di universiti, banyak Inggeris daripada Melayu,
Yang Melayu pun, semakin layu, terus layu.
Tapi…
Bahasa Itu Jiwa Bangsa,
Hilang Bahasa, Hilanglah Bangsa,


Jika Bahasa Inggeris tidak teras lagi,
Tak mengapalah…
PPSMI pengganti diri,
Pergi satu, banyak pengganti,
Tapi…
English bukan sekadar one, two, three,
Negative and negative become to positive,
Cell, plants, acidic and electricity,
Ia mengajar bijak berbahasa,
Agar digeruni di pentas antarabangsa.


Jika Sejarah tidak teras lagi,
Tak mengapalah…
Sejarah juga telah tercatat,
Subjek Sejarah untuk Sastera,
Budak Sains diajar Geografi.
Tapi…
Erti hidup dan kehidupan,
Makna manusia dan kemanusiaan,
Bermula dari setitik sejarah,
Bila sejarah menjadi lipatan,
Tunggulah masa sipokok pisang,
Berputik buah ke dua kalinya.

Jika Matematik tidak teras lagi,
Tak mengapalah…
Hilang satu subjek hantu,
Baru gembira duduk di bangku,
Memang itu fobia budak melayu.
Tapi…
Engineering, Accounting, Statistic, Actuary,
Medic, Economy dan banyak lagi,
Sebut sahaja jurusan di universiti,
Semuanya tak lari dari Matematik.

Jika Pendidikan Islam tak teras lagi,
Tak mengapalah,
Sekolah Agama di sana sini,
Siapa berminat silalah pergi,
Masjid dan surau pun banyak yang aktif,
Nak canggih lagi tengok Astro Oasis.
Tapi…
Merancanglah,
Berusahalah,
Kerana itu tuntutan agama,
Umpama nyawa sedekad lama.
Namun…
Agama jangan dilupa,
Umpama ajal sedetik menjelma.
Kelak di akhirat Allah bertanya,
Mana janjimu memartabatkan agama,
Tak kira siapa termasuk kita.


Walau bagaimanapun, kelmarin sebanyak 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara mahu had jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditambah kepada 12 berbanding 10 seperti ditetapkan Kementerian Pelajaran sebelum ini. Cadangan tersebut dipersetujui oleh Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi. Dengan perkembangan terbaru ini, diharapkan kepentingan ke lima - lima subjek teras ini akan dikekalkan kerana peranannya masih relaven dalam membina jatidiri modal insan negara yang tercinta.

Berfikir Sejenak Tentang Anak

ANAK MU













Jika hidupnya diselubungi celaan,
Anak mu kan belajar mencaci.

Jika hidupnya dihujani kekasaran,
Anak mu kan belajar menentang.

Jika hidupnya dibalut kritikan,
Anak mu kan menjadi segan.

















Jika hidupnya terpaksa mengalah,
Anak mu kan tahu erti kesabaran.

Jika hidupnya dipupuk galakan,
Anak mu kan hidup berkeyakinan.

Jika hidupnya disirami pujian,
Anak mu kan tahu erti penghargaan.

















Jika hidupnya dirangkul jaminan,
Anak mu kan belajar menaruh kepercayaan.

Jika hidupnya dibelai restu,
Anak mu kan mencintai diri sendiri.

Jika hidupnya berwarna persahabatan dan persaudaraan,
Anak mu kan tahu mencari kasih sayang di bumi ini.



Tahniah Saza...



Tahniah kepada Pn. Sazazila kerana telah selamat melahirkan seorang puteri seberat 2.65 kilogram pada pagi 09.06.09. Semoga kehadiran anak ke tiga dalam hidupmu memberi beribu rahmat daripada Ilahi. Amin.

Friday, May 29, 2009

Berfikir Sejenak Tentang Isteri Yang Solehah : 29 Mei 1999

Isteri Solehah
Isteri Cerdik Yang Solehah,
Penyejuk Mata, Penawar Hati, Penajam Fikiran,
Di Rumah Dia Isteri, Di Jalanan Kawan,
Di Waktu Buntu, Dia Penunjuk Jalan.
Pandangan Kita Diperteguhkan,
Menjadikan Kita Tetap Pendirian,
Ilmu Yang Diberi Dapat Diamalkan,
Kita Lupa, Dia Mengingatkan.
Nasihat Kita Dijadikan Pakaian,
Silap Kita Dibetulkan,
Penghibur Di waktu Kesunyian,
Terasa Damai Bila Bersamanya.
Dia Umpama Tongkat Si Buta,
Bila Tiada Suatu Kehilangan,
Dia Ibarat Simpanan Ilmu,
Semoga Kekal Untuk Diwariskan.
Dari Album The Zikr

Kenikmatan Hidup Yang Ditunggu - tunggu


Selamat bercuti kepada semua guru - guru SDAR dan pelajar sekalian.

Apakah makna bercuti kepada rakan - rakan guru?
A. Balik ke kampung... berehat dan menenangkan emosi bersama ibu bapa.
B. Melancong ke luar negara... tapi awas!!! H1N1.
C. Duduk di rumah sahaja... lipat kain baju yang dah menggunung, mop lantai, vakum
sawang, jadi suri rumah 100%
D. Pergi kenduri kahwin ... 06.06.2009 hari paling ramai orang buat kenduri.
E. Menghadap laptop... update blog. Bagi yang tak de blog, cuba - cuba nak create blog.
F. Tanda kertas peperiksaan... tension!!! Bebudak jawab entah apa apa. Rosak kenikmatan cuti
aku.

Apakah makna bercuti kepada pelajar - pelajar SDAR?
Berfikirlah sejenak.........

Thursday, May 28, 2009

Berfikir Sejenak Tentang Circular


The length of arc PAB + The length of arc BCR = The length of arc PQR





Wednesday, May 27, 2009

Limpahan Rezeki Yang Maha Pemurah


Syukur Alhamdulillah...
Dengan rezeki yang dikurnia oleh Ilahi, Cik Zailyniza @ Jaja diberi keizinanNya untuk menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarga. Semoga perjalanan Jaja ke Tanah Suci Mekah pada Jumaat 29 Mei ini selamat. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran sepanjang Jaja menjalankan ibadah umrah.
Syukur dan tahniah kepada rakan - rakan yang dikurniakan rezeki dengan lulus mendapat 4 dalam PTK baru - baru ini. Tak lama lagi gaji pun bertambah. Semoga tahap motivasi diri juga bertambah. Buat Sir Irwan, En. Pearl, Ckg Wan Ibrahim dan Sir Nordin... tahniah atas kenaikan gaji.

Tak lupa juga Pn. R. Yusliana yang dikurniakan hero sulung pada bulan lepas. Dan selepas ini menyusul pula Pn. Sazazila yang bakal menimang cahaya mata puteri pada cuti sekolah ini. Saza... jaga diri bebaik. Mudah - mudahan Allah beri kekuatan dan kesenangan ketika melahirkan orang baru nanti.

Rezeki bagi Pn Lela kerana permohonan untuk bertukar sekolah telah diluluskan. Begitu juga dengan Ckg Wan Ibrahim. Semoga penghijrahan kalian ke persekitaran yang baru memberi kepuasan bekerja.

Orang yang paling bertuah ialah Ckg Wan Ibrahim. Memang Allah kurniakan rezeki yang berganda buatnya. Bukan sekadar mendapat anjakan gaji dan bertukar sekolah tapi akan mendirikan masjid pada cuti sekolah ini. Mantoooppp Wan!!! Di doakan semoga ko bahagian sentiasa Wan!!!

Bagi rakan - rakan yang lain...
Cuti sekolah yang bakal menjelang nanti juga merupakan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Maka sewajibnyalah kita bersyukur atas segala limpahan rezeki dari Yang Maha Pemurah.

Saturday, May 23, 2009

Sejenak Bersama Team Matematik


Dalam Math...
Bumi dianggap sebagai sfera,
Hakikatnya...
Kitalah ibarat sfera,
Bulat manusia kerana maufakat,
Maufakat kita membawa berkat.



Dalam Add Math...
Functions are one to one relations and many to one relations.
Hakikatnya...
Hubungan silaturrahim dan faham memahami,
Menjadikan kita berfungsi sebagai satu organisasi,
Satu jiwa, satu hati.

Dalam Math...
A set is a group of members which have a same characteristic.
Hakikatnya...
Kitalah ibarat set,
Sama jiwa , sama hati,
Kerana matlamat kita sama dan satu,
Melahirkan pelajar A satu,
Moga Allah memberi restu,
kepada pelajar dan rakanku.

Terima kasih Team Matematikku,
Kekuatanmu, kekuatanku jua,
Kekuatan kita, kekuatan anak - anak didik kita jua







Thursday, May 21, 2009

Berfikir Sejenak Tentang Blog

Berfikir sejenak tentang Kak Zai...
Dalam diam - diam dah ada koleksi fotonya di dalam blog.

Berfikir sejenak tentang Kak Shariah...
Diam - diam ubi mencurahkan isi hatinya di dalam blog.

Berfikir sejenak tentang aku..
Dalam diam - diam jauh ketinggalan.
Diam - diam ubi... baru mula untuk menulis di dalam blog.

Tapi bila aku berfikir sejenak tentang Mamat...
Dalam diam - diam ubi...
Dia lebih jauh ketinggalan daripada aku, Kak Shariah dan Kak Zai.

p/s : hehehe... sorry Mad. Cabaran buat Kaunselor Cemerlang Seseram, Rembau.