4 September 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bonus raya kepada semua peneroka Felda iaitu sebanyak RM 350.00 kepada peneroka yang setia bersama Felda dan RM150.00 kepada peneroka yang mengusahakan ladang – ladang mereka secara persendirian. Langkah bijak kerajaan ini sudah tentu disambut baik oleh seluruh warga peneroka Felda dan amat wajar memandangkan sumbangan yang diberikan oleh mereka terhadap pembangunan ekonomi negara semenjak organisasi Felda ditubuhkan. Pemberian bonus raya ini juga seharusnya menjadi agenda wajib kerajaan sebagai tanda keprihatinannya terhadap warga emas. Populasi warga emas dalam kalangan masyarakat Felda melebihi 80%. Menyingkap sejarah, kehidupan peneroka Felda ibarat air laut yang ada pasang surutnya. Namun, kerap kali pendapatan mereka tidak mengizinkannya hidup semewah rakan – rakan lain yang makan gaji. Dalam kesempatan para peneroka menghabiskan sisa – sisa kehidupan ini, mudah – mudahan dengan pemberian bonus raya ini, satu babak manis dalam hidup mereka tercipta... apatah lagi saat – saat mereka membuat persediaan menyambut Aidil Fitri.....
No comments:
Post a Comment