Bilangan Pengunjung Mulai 11.06.09

Friday, June 12, 2009

Cinta Seekor Cicak

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat daripada kayu.


Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku. Pemuda itu berasa kasihan dan terus memerhatikan cicak tersebut. Daripada pemerhatiannya dia teringat bahawa paku tersebut telah berada di situ semenjak 10 tahun yang lalu ketika rumah itu pertama kali dibina. Ini bermakna cicak tersebut turut melekat pada paku tersebut semenjak 10 tahun yang lalu.


Fikirannya terus berkata - kata. Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah mustahil dan tak masuk akal.


Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat tahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu. Pemuda itu menghentikan pekerjaannya dan memerhatikan bagaimana cicak itu memperolehi makanan dan apa yang dimakan sepanjang tempoh 10 tahun itu. Seketika selepas itu, seekor cicak lain telah muncul dan menuju ke cicak yang melekat tadi dengan membawa makanan dimulutnya.....AHHH!


Pemuda itu berasa terharu melihat peristiwa tersebut. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu menjaga cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun. Bayangkan, cicak itu tidak pernah jemu dan tidak pernah meninggalkan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.


Sesungguhnya ini adalah sebuah kisah cinta indah antara 2 ekor cicak. Kisah yang membuktikan bahawa apa yang dapat dilakukan oleh cinta. Tentu sahaja sebuah keajaiban.


Lantas sebagai manusia yang dikurniakan perasaan oleh Allah, tentunya kita terfikir apakah yang telah kita lakukan untuk insan yang kita cintai agar sentiasa dekat dengan dirinya. Apa yang perlu kita lakukan agar kita sentiasa memperolehi kasih sayangnya.


Satu- satu cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi berilah kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie). Bukankah itu yang selalui dilakukan oleh ibu, bapa dan guru kita. Fikir - fikirkan lah....

6 comments:

Syafiq Hamidan said...

Kalau kat SDAR, kita tertanya tanya, bagaimana kitaorang boleh tahan sampai 5 tahun kat saner... (untuk manusia, 5 tahun tu pon dah cukup seksa, x payah tunggu 10 tahun) rupa-rupanya, setelah diperhatikan kami sering didampingi oleh guru2 yang sentiasa dekat di hati...

Kalau cikgu pulak, bagaimana lah mereka boleh tahan mengajar di SDAR bertahun2... Rupa-rupanya, mereka ada anak murid yang silih ganti menemani dan menceriakan diri mereka...

Bagus cikgu Yazid... Cuma contoh cicak tu macam x dekat di hati... Haha

afiqms said...

salam cikgu, a good post to ponder with...

asrar said...

nak dengar citer buaya pulak ada tak .....

Berfikir Sejenak said...

Shafiq....
Rindu dengan bebudak sdar yang dah kluar sekolah. Yang pergi tak sama yang akan datang.

Afiq...
Hai Afiq... apa cerita sekarang. Awek camna..hehehe

Asrar...
Nak dengar citer tentang buaya tembaga darat boleh. Siap ngan pantun eek.

afiqms said...

awek yg mana 1? hahahha~

Harithmkt90 said...

Salam ziarah...maaf lama sudah tidak berkunjung...teruskan coretan celoteh yang bermotivasi kepada anak2 buahmu..mudah2an memberi kejayaan kepada kami.