Bilangan Pengunjung Mulai 11.06.09

Tuesday, June 9, 2009

Teras Yang Terteras


Pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia baru – baru ini terhadap penghadan kepada 10 subjek dalam SPM bukan dianggap sebagai transformsi luar biasa kerana saban waktu apabila berlaku perubahan dalam kabinet yang melibatkan portfolio Menteri Pelajaran, maka transformasi dalam sistem pendidikan dan pelaksanaannya juga turut berlaku. Cadangan transformasi ini telah mengundang pelbagai pendapat daripada pelbagai pihak termasuk pandangan gusar yang telah diluahkan oleh MIC dan MCA kerana bimbang dengan penghadan kepada 10 subjek menyebabkan subjek – subjek elektif seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin tidak boleh diambil oleh calon SPM. Walau bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi respon selesa dan menyatakan bahawa subjek teras akan dikurangkan daripada 5 subjek kepada 4 subjek supaya para pelajar mempunyai pilihan yang lebih variasi terhadap subjek elektif seperti subjek agama dan bahasa ibunda.

Sebelum ini Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral dikategorikan sebagai subjek teras yang wajib dipelajari oleh para pelajar kerana subjek ini dianggap penting dan menjadi asas kepada pembinaan modal insan pada masa akan datang. Namun dengan pelaksanaan transformasi pendidikan yang sedang heboh diwar – warkan ini, salah satu daripada subjek tersebut turut juga mengalami transformasi daripada segi kategorinya. Persoalannya, apakah subjek yang akan dipindahkan daripada subjek wajib ambil kepada subjek tak wajib ambil. Atau dengan kata lain apakah subjek yang dianggap sudah kurang penting sehinggakan para pelajar boleh memilih untuk tidak mempelajarinya. Atau kemungkinan Kementerian Pelajaran Malaysia ada metod yang lebih baik dalam menangani transformasi ini dengan memelihara kepentingan kelima – lima subjek teras tersebut.


Jika diamati secara mendalam, setiap subjek teras mempunyai sebab untuk dikekalkan seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, jika transformasi pendidikan yang dicadangkan diteruskan, kepercayaan dan keyakinan yang tinggi diletakkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar hasrat seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia tidak tinggal hanya sebagai hasrat.

Jika Bahasa Melayu tidak teras lagi,
Tak mengapalah….
Di universiti, banyak Inggeris daripada Melayu,
Yang Melayu pun, semakin layu, terus layu.
Tapi…
Bahasa Itu Jiwa Bangsa,
Hilang Bahasa, Hilanglah Bangsa,


Jika Bahasa Inggeris tidak teras lagi,
Tak mengapalah…
PPSMI pengganti diri,
Pergi satu, banyak pengganti,
Tapi…
English bukan sekadar one, two, three,
Negative and negative become to positive,
Cell, plants, acidic and electricity,
Ia mengajar bijak berbahasa,
Agar digeruni di pentas antarabangsa.


Jika Sejarah tidak teras lagi,
Tak mengapalah…
Sejarah juga telah tercatat,
Subjek Sejarah untuk Sastera,
Budak Sains diajar Geografi.
Tapi…
Erti hidup dan kehidupan,
Makna manusia dan kemanusiaan,
Bermula dari setitik sejarah,
Bila sejarah menjadi lipatan,
Tunggulah masa sipokok pisang,
Berputik buah ke dua kalinya.

Jika Matematik tidak teras lagi,
Tak mengapalah…
Hilang satu subjek hantu,
Baru gembira duduk di bangku,
Memang itu fobia budak melayu.
Tapi…
Engineering, Accounting, Statistic, Actuary,
Medic, Economy dan banyak lagi,
Sebut sahaja jurusan di universiti,
Semuanya tak lari dari Matematik.

Jika Pendidikan Islam tak teras lagi,
Tak mengapalah,
Sekolah Agama di sana sini,
Siapa berminat silalah pergi,
Masjid dan surau pun banyak yang aktif,
Nak canggih lagi tengok Astro Oasis.
Tapi…
Merancanglah,
Berusahalah,
Kerana itu tuntutan agama,
Umpama nyawa sedekad lama.
Namun…
Agama jangan dilupa,
Umpama ajal sedetik menjelma.
Kelak di akhirat Allah bertanya,
Mana janjimu memartabatkan agama,
Tak kira siapa termasuk kita.


Walau bagaimanapun, kelmarin sebanyak 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara mahu had jumlah mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditambah kepada 12 berbanding 10 seperti ditetapkan Kementerian Pelajaran sebelum ini. Cadangan tersebut dipersetujui oleh Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi. Dengan perkembangan terbaru ini, diharapkan kepentingan ke lima - lima subjek teras ini akan dikekalkan kerana peranannya masih relaven dalam membina jatidiri modal insan negara yang tercinta.

5 comments:

Unknown said...

apabila guru mula bersuara
pendidikan menjadi subjek utama
pandangan diberi untuk semua
demi kebaikan nusa dan bangsa

Berfikir Sejenak said...

Acap... pelikkan. Setiap kali isu pendidikan yang melibatkan sekolah muncul, semua pihak nak dengar pandangan cendikiawan.. prof..ahli akademik universiti... ahli politik... dan sesiapa sahaja yang tak ada kena mengena dengan budak sekolah. Maka berkokok kokoklah mereka membentangkan segala teori yang belum tentu praktikalnya. Sedangkan golongan yang hidup dan mati dengan budak sekolah hanya mampu mendengar dan mengemukakan pandangan melalui blog yang tak de siapa pon nak baca. Nasib ada member n ank murid yang rasa rasa macam terpaksa baca.kekeke.....

Unknown said...

haha..mne ad terpaksa..sye concern pasal isu ni..trutamanya pasal PPSMI..sye rase rugi anak2 malyu kalau batalkan...slaku batch pertama yg kne PPSMI, sye amat memahami kepentingannya dan juga kesusahannya...

ckg cepat la naik pangkat..bleh la ke kementerian..hha..pas tu buatlah teori2 tuk anak bangsa..hidup YB Yazid!

afiqms said...

dah banyak rintihan dari guru yang saya dengar. ibu bapa saya pon guru gak. kadang2 pihak atasan ni cakap je lebih, tapi x pernah memikirkan keberkesanan dasar yang bakal dilaksanakan nnt~ yelah, menteri pelajaran ni pon ahli politik gak, kite mane tau ade udang disebalik mi, nasik goreng atau pon kuetiau... baik betol2 selami masalah tu sampai ke akar umbi, bukan sdap cakap je~ btol x cikgu?

A.KHAIRUL said...

untuk hal ini saya teramat la setuju kalau di ambil pandangan drpd semua pihak terutama students and teachers... tapi kena telus la, jgn ambik pandangan mereka yang duduk bandar je, pandangan pandangan orang2 felda yang duduk nun jauh di pedalaman perlu diambil kira juga. Kita tak boleh salahkan pihak atasan semata-mata, sebab bukan mudah nak melayan kerenah 24juta rakyat Malaysia. Mana yang tak betul kita betulkan sama-sama, mana yang baik kita sokong. Saya harap ade satu portal di mana cikgu2 dapat suarakan pendapat secara terus kepada kementerian pelajaran.

p/s: update terbaru, saya tengah tunggu result IB kuar awal bulan tujuh ni..