Bilangan Pengunjung Mulai 11.06.09

Wednesday, July 1, 2009

Kucing Jadi Hakim


Dua ekor kera telah terjumpa seekor ikan. Ke dua - duanya bertengkar kerana mengaku ikan itu hak mereka. Akhirnya, mereka bersetuju melantik kucing sebagai hakim. Kucing yang arif tentang ikan akan menentukan siapa yang berhak memiliki ikan itu.


Mereka berjumpa kucing dan menceritakan masalah mereka.


"Tadi saya nampak seekor ikan tetapi sahabat saya telah mengambilnya. Siapakah yang berhak ke atas ikan itu, kucing ?" Tanya kera yang kecil.


"Tunggu sebentar. Saya akan menyelesaikannya." kata kucing.


Tidak beberapa lama kemudian, kucing membawa dacing. Kucing mengerat ikan itu kepada dua bahagian. Ditimbangnya kedua - dua bahagian ikan itu. Kucing mendapati bahagian kepala lebih berat. Dimakannya sedikit bahagian kepala itu. Kemudian, kucing menimbang ke dua - dua bahagian ikan itu semula. Kali ini, didapati bahagian ekor yang lebih berat. Lalu dimakan bahagian ekor itu sedikit. Ditimbangnya sekali lagi. Kali ini, bahagian kepala yang lebih berat. Dimakannya sedikit bahagian itu. Begitulah seterusnya dilakukan oleh kucing. Akhirnya, habislah ikan itu dimakannya.


"Apa yang telah kamu lakukan, kucing?" Tanya kera yang besar.


"Dalam hidup, jika kita selalu tamak dan haloba, kita akan rugi." kata kucing. Kucing pun meninggalkan kera yang terpinga - pinga itu.


"Dalam hidup, ada pihak lain yang untung daripada sikap tamak kita." Tambah kera yang kecil.

Tuesday, June 30, 2009

Thursday, June 25, 2009

Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Sembilan

Tarikh : 23 - 25 Jun 2009
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja, Rembau

Sekolah Dato' Abdul Razak telah menyertai 4 kategori pertandingan iaitu Solarcar, Cooking With Nature, Pelancaran Roket, Pertandingan Inovasi Sains Dan Teknologi Kategori Teknologi Berkumpulan dan Pertandingan Inovasi Sains Dan Teknologi Kategori Teknologi Individu. Tahniah kepada semua peserta SDAR yang telah mengharumkan nama SDAR sepanjang berlangsungnya karnival ini. Terima kasih kepada guru - guru penasihat dan pengiring iaitu En. Irwan, Cik Zailyniza, En. Izrul dan Cik Sharida. Semoga Allah sahaja yang memberi ganjaran.





Monday, June 22, 2009

H1N1 : Selamatkah Kita?


1. Bilangan pesakit yang sedang mendapat rawatan di hospital - hospital kerajaan setakat ini ialah 56 orang dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

2. Bilangan individu yang diarah oleh Kementerian Kesihatan untuk menjalani Kuarantin Sendiri di rumah semakin bertambah dan adakah mereka patuh sepenuhnya dengan arahan tersebut ? Penularan tempatan semakin bertambah kepada 9 orang.

3. Bilangan sekolah yang ditutup semakin bertambah. Populasi jangkitan virus tidak mustahil boleh berkembang dalam kalangan murid sekolah, ibubapa, guru - guru, keluarga guru, nursery dan tempat - tempat yang tidak kita sangka.

4. Bilangan pelancong dan warga asing terus memasuki negara kita.

5. Pakar perubatan masih belum menemui vaksin virus berbahaya ini.


Persoalannya, selamatkah kita dan keluarga kita daripada virus maut ini?

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day




Budak SDAR Gegarkan RTM


Seramai 200 orang pelajar SDAR tingkatan 1 dan 4 berpeluang menghadiri siaran langsung rancangan terbitan RTM, Pilih Kasih pada Sabtu lepas. SDAR dijemput bagi memeriahkan suasana Auditorium Kompleks Penyiaran Tengku Muhammad, Seremban. Kehadiran pelajar SDAR telah menarik perhatian penonton - penonton lain kerana suasana auditorium yang sebelum itu lengang dan sunyi sepi menjadi meriah serta heruk pikuk. Tambahan pula budak - budak SDAR diminta oleh producer programme untuk bersorak sekuat - kuat hati sepanjang berlangsungnya program tersebut. Tidak dapat dinafikan mereka sangat gembira dan enjoy pada malam itu. Sekurang - kurangnya dapat kurangkan tekanan setelah mengulangkaji pelajaran seharian. Walaupun program ini dianggap sebagai program yang tidak sesuai bagi pembinaan modal insan pelajar SDAR oleh sesetengah pihak, namun pengajaran yang boleh diserap oleh mereka ialah bagaimana sesebuah rancangan televisyen diterbitkan sehingga dapat ditonton oleh semua pihak di kaca televisyen. Tak diduga terdapat 2 orang bekas pelajar SDAR yang bekerja di situ. Kenangan melihat pelajar SDAR seronok, enjoy dan sporting mengingatkan aku pada zaman remajaku.