Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
Ramadan Atas Bumi Merdeka Ini...
Sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009 yang berlangsung ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa, pihak Muzium Sejarah Kota Tinggi turut mengadakan Pameran Jasamu Tetap Dikenang bagi merakamkan segala pengorbanan dan perjuangan Dato' Onn Jaafar. Pameran yang berlangsung mulai 24 Ogos hingga 23 Oktober ini telah memaparkan jasa beliau dalam menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda malapetaka politik ancaman komunis dan Malayan Union. Pemikiran Dato' Onn Jaafar tentang perpaduan dan integrasi politik amat jelas melalui ucapannya di Kongres Melayu yang pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946 :
" Adapun maksud dan tujuan kita ialah keyakinan diri kita bahawa nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenankan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah dapat dipelihara dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu... Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu"
Tatkala bangsa Melayu menyambut puasa,
Petangnya... Bazar Ramadan bagai berpesta,
Maghribnya... azan berkumandang di sana sini tanda sampai waktu berbuka,
Malamnya... bertarawih, tadarus, qiamulalil sepanjang masa,
Malam Tujuh Likur... pesta cahaya daripada pelita,
Hari ini...
Pabila bangsa Melayu menyambut puasa,
Tiada sedikit pun kerisauan di hati terasa,
Kita bebas beribadah apa sahaja,
Tanpa ragu dan rasa berbahaya,
Kerana negara di tempat kita berpuasa ini,
Selamat bagi Melayu hari ini,
Selamat kerana Melayu dulu,
Bersatu padu.
Hari esok...
Tatkala bangsa Melayu menyambut puasa,
Segala apa yang dinikmati ketika puasa hari ini,
Hanyalah paparan di Muzium Sejarah Kota Tinggi,
Seandainya negara ditempat kita berpuasa ini,
Tidak selamat bagi Melayu hari esok,
Tidak selamat sekiranya Melayu hari ini,
Tidak bersatu padu.
Monday, August 24, 2009
SDAR Sepi Sambut Ramadan
Suasana SDAR tika Ramadhan menjelang sepi kerana secara kebetulan minggu pertama berpuasa juga merupakan cuti pertenggahan penggal kedua persekolahan. Suasana berpuasa akan kembali terasa apabila semua pelajar dan guru kembali bersekolah pada 1 September akan datang. Di harapkan suasana Ramadhan di SDAR akan ceria seperti tahun - tahun yang sudah. Kepada semua pelajar, bekas pelajar dan guru - guru yang sedang menjalankan ibadah puasa bersama keluarga tercinta.... Selamat menyambut bulan penuh keberkatan.Thursday, August 20, 2009
Tuesday, August 11, 2009
Wednesday, July 1, 2009
Kucing Jadi Hakim

Dua ekor kera telah terjumpa seekor ikan. Ke dua - duanya bertengkar kerana mengaku ikan itu hak mereka. Akhirnya, mereka bersetuju melantik kucing sebagai hakim. Kucing yang arif tentang ikan akan menentukan siapa yang berhak memiliki ikan itu.
Mereka berjumpa kucing dan menceritakan masalah mereka.
"Tadi saya nampak seekor ikan tetapi sahabat saya telah mengambilnya. Siapakah yang berhak ke atas ikan itu, kucing ?" Tanya kera yang kecil.
"Tunggu sebentar. Saya akan menyelesaikannya." kata kucing.
Tidak beberapa lama kemudian, kucing membawa dacing. Kucing mengerat ikan itu kepada dua bahagian. Ditimbangnya kedua - dua bahagian ikan itu. Kucing mendapati bahagian kepala lebih berat. Dimakannya sedikit bahagian kepala itu. Kemudian, kucing menimbang ke dua - dua bahagian ikan itu semula. Kali ini, didapati bahagian ekor yang lebih berat. Lalu dimakan bahagian ekor itu sedikit. Ditimbangnya sekali lagi. Kali ini, bahagian kepala yang lebih berat. Dimakannya sedikit bahagian itu. Begitulah seterusnya dilakukan oleh kucing. Akhirnya, habislah ikan itu dimakannya.
"Apa yang telah kamu lakukan, kucing?" Tanya kera yang besar.
"Dalam hidup, jika kita selalu tamak dan haloba, kita akan rugi." kata kucing. Kucing pun meninggalkan kera yang terpinga - pinga itu.
"Dalam hidup, ada pihak lain yang untung daripada sikap tamak kita." Tambah kera yang kecil.
Subscribe to:
Comments (Atom)


