Bilangan Pengunjung Mulai 11.06.09

Sunday, September 6, 2009

Friday, September 4, 2009

Bonus Raya Buat Peneroka Felda

4 September 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bonus raya kepada semua peneroka Felda iaitu sebanyak RM 350.00 kepada peneroka yang setia bersama Felda dan RM150.00 kepada peneroka yang mengusahakan ladang – ladang mereka secara persendirian. Langkah bijak kerajaan ini sudah tentu disambut baik oleh seluruh warga peneroka Felda dan amat wajar memandangkan sumbangan yang diberikan oleh mereka terhadap pembangunan ekonomi negara semenjak organisasi Felda ditubuhkan. Pemberian bonus raya ini juga seharusnya menjadi agenda wajib kerajaan sebagai tanda keprihatinannya terhadap warga emas. Populasi warga emas dalam kalangan masyarakat Felda melebihi 80%. Menyingkap sejarah, kehidupan peneroka Felda ibarat air laut yang ada pasang surutnya. Namun, kerap kali pendapatan mereka tidak mengizinkannya hidup semewah rakan – rakan lain yang makan gaji. Dalam kesempatan para peneroka menghabiskan sisa – sisa kehidupan ini, mudah – mudahan dengan pemberian bonus raya ini, satu babak manis dalam hidup mereka tercipta... apatah lagi saat – saat mereka membuat persediaan menyambut Aidil Fitri.....

Wednesday, September 2, 2009

Bingkisan Pemikiran Kuno 1962 Dari Tanah Seberang

Makna Jalur Gemilang

JIPLAKAN BENDERA USA (bintang di ganti bulan)
Bendera Malaysia (rasio 1:2)

Jalur Gemilang bercorak 14 garis (jalur) merah dan putih (melintang) yang sama lebar, dimana jumlah 13 melambangkan Melambangkan ANGKA SIAL DAN "SIALAN" dan 13 negara Bagian yang umunya kecil2 ini Dikuasai Oleh orang Melayu warga etnik lain selalu dimusuhi dan dihabisiBagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat MElayu. Bagian biru tua memuat gambar bulan sabit tanda Agama Yahudi - agama resmi Malaysia. Bintang pecah 14 adalah tanda perpaduan 13 buah negeri yang sebentar lagi 11 karena SABAH dan SERAWAK ingin merdeka seperti BRUNAI dan SINGAPORE dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang adalahTahi SAYA waktu Berak Ke WC Yang Maha Mulia Raja-raja.






Imej yang dipaparkan untuk renungan kita bersama ini diambil daripada blog tanah seberang yang aktif mengutuk Malaysia khususnya Melayu. Ternyata individu yang menulis blog tersebut masih mengamalkan corak pemikiran 1962 iaitu ketika zaman konfrontasi Malaysia - Indonesia. Bagi kita rakyat Malaysia yang sudah maju daripada segi pemikiran dan emosi, paparan ini tidak seharusnya disambut dengan perasaan marah, dendam dan seterusnya melancarkan perang blog untuk menghentam pula si penulis blog tersebut. Jadikan paparan ini sebagai medium yang dapat meningkatkan rasa cinta dan patriotik kita kepada Malaysia. Antara blog dari seberang yang aktif mengutuk Malaysia ialah Malaycelaka.blogspot, rasasayange-Malaysia.blogspot dan nkrijaya.co.cc
Sesungguhnya, apa yang berlaku ini adalah perkara biasa yang sering terjadi kepada kebanyakan negara. Namun yang lebih menghairankan apabila rakyat Malaysia sendiri bertindak untuk mengutuk kedaulatan tanah air seperti mengubah lirik Negaraku dan memasang Jalur Gemilang secara terbalik. Hakikatnya mereka adalah lebih teruk daripada si penulis blog dari seberang ini.

Tuesday, September 1, 2009

Sunday, August 30, 2009

Saturday, August 29, 2009

Ramadan Atas Bumi Merdeka Ini...

Sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009 yang berlangsung ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa, pihak Muzium Sejarah Kota Tinggi turut mengadakan Pameran Jasamu Tetap Dikenang bagi merakamkan segala pengorbanan dan perjuangan Dato' Onn Jaafar. Pameran yang berlangsung mulai 24 Ogos hingga 23 Oktober ini telah memaparkan jasa beliau dalam menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda malapetaka politik ancaman komunis dan Malayan Union. Pemikiran Dato' Onn Jaafar tentang perpaduan dan integrasi politik amat jelas melalui ucapannya di Kongres Melayu yang pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1 Mac 1946 :
" Adapun maksud dan tujuan kita ialah keyakinan diri kita bahawa nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenankan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah dapat dipelihara dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu... Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu"



Hari ini...
Tatkala bangsa Melayu menyambut puasa,
Petangnya... Bazar Ramadan bagai berpesta,
Maghribnya... azan berkumandang di sana sini tanda sampai waktu berbuka,
Malamnya... bertarawih, tadarus, qiamulalil sepanjang masa,
Malam Tujuh Likur... pesta cahaya daripada pelita,
Hari ini...
Pabila bangsa Melayu menyambut puasa,
Tiada sedikit pun kerisauan di hati terasa,
Kita bebas beribadah apa sahaja,
Tanpa ragu dan rasa berbahaya,
Kerana negara di tempat kita berpuasa ini,
Selamat bagi Melayu hari ini,
Selamat kerana Melayu dulu,
Bersatu padu.
Hari esok...
Tatkala bangsa Melayu menyambut puasa,
Segala apa yang dinikmati ketika puasa hari ini,
Hanyalah paparan di Muzium Sejarah Kota Tinggi,
Seandainya negara ditempat kita berpuasa ini,
Tidak selamat bagi Melayu hari esok,
Tidak selamat sekiranya Melayu hari ini,
Tidak bersatu padu.